Wednesday, 6 June 2012

Convex 46 - Alternative Medicine



from: Ahmad Fauzan Zainal Bakri syabab_addeen@yahoo.com
reply-to: Ahmad Fauzan Zainal Bakri <syabab_addeen@yahoo.com>
to: "faridahar@gmail.com" <faridahar@gmail.com>
date: Wed, Jun 6, 2012 at 7:40 AM
subject: Convex 46; Alternative medicine


Assalamualaikum, Prof..
Saya Ahmad Fauzan,wakil untuk group alternative medicine...
Sedikit details tentang Convex 46 dan perancangan untuk booth kami..

Tarikh : 19-23 Sept 2012
Tempat : USM induk

setakat perbincangan kami,kami bercadang untuk kongsi terapi dan herba2 daripada setiap kaum...
contohnya untuk Cina kami bercadang untuk buat tentang Reflexology n Acupuncture..
untuk Indians kami bercadang untuk kongsi tentang Ayuverda dan yoga..
untuk Melayu,saya x pasti samada ada sebarang terapi yg khusus daripada kaum Melayu...jadi mungkin akan lebih kepada
perubatan yg berasal drpd Islam spt Bekam dan muzik...

untuk herba,kebanyakkannya kami rujuk kepada lecture note Prof masa block Bioethics dulu..

kalau Prof ada sebarang cadangan untuk menambah baikkan lagi booth ni, insyaAllah kami akan laksanakn sebaik yang boleh..

objektif utama kami untuk Booth ni adlh untuk kongsi dengan masyarakat tentang perubatan alternatif yang mudah dilaksanakan
tanpa mengabaikan kepentingan perubatan moden...

trima kasih Prof sebab sudi jadi penasihat untuk booth kami...


-----------------------------------------------------------------------

from: Faridah Abdul Rashid <faridahar@gmail.com>
to: Ahmad Fauzan Zainal Bakri <syabab_addeen@yahoo.com>
date: Wed, Jun 6, 2012 at 9:59 AM
subject: Re: Convex 46; Alternative medicine



Wa'alaikumussalam Ahmad Fauzan & rakan2,

TQ untuk menulis.

Pada hemah saya, tema pameran anda menarik kerana masyarakat masih mencari maklumat dan cara perubatan yang masih ada. Saya ada beberapa komen dan cadangan untuk dikongsi spt berikut. Anda tidak semestinya kena ikut. 




PENGELASAN JENIS PERUBATAN DAN DEFINISI
Perubatan alternatif atau perubatan moden, kedua-dua istilah ini adalah subjektif dan perlu diterangkan dengan sebaiknya, Sebenarnya, perubatan Islam merangkumi semua jenis perubatan dan rawatan yang tidak memudaratkan, dan tidak melibatkan penggunaan bahan haram, serta tidak melanggar syariat Islam. Dengan definisi berkenaan, kita boleh katakan bahawa perubatan Islam ialah perubatan alternatif serta juga perubatan moden. Ini bermakna, perubatan Islam tidak terhad kepada satu mod kaedah perubatan yang kuno, tetapi sentiasa dinamik. Persepsi ini kita kena perbetulkan supaya masyarakat mempunyai tanggapan dan pemahaman yang betul tentang apa itu sebenarnya perubatan Islam dan pecahan-pecahannya. Dengan definisi ini, maka perubatan moden ialah salah satu mod perubatan dalam perubatan Islam. Jika kita tidak perbetulkan tanggapan ini, sampai bila pun orang Melayu akan tetap salah anggap tentang perubatan moden dan tetap akan menolak perubatan moden, dan hanya memilih perubatan alternatif atau yang kuno. Bila sudah betul tanggapan dan persepsi, baru kita beraleh dan mengetengahkan mod-mod perubatan mengikut kaum - Melayu, Cina dan India. 

Setiap kaum ada falsafah kehidupan, amalan kesihatan & harian dan juga cara perubatan masing-masing. Ini boleh dijelaskan di bawah topik setiap kaum spt berikut. 


FALSAFAH KEHIDUPAN & KESIHATAN ORANG MELAYU
Terangkan apakah falsafah orang Melayu tentang kehidupan dan kesihatan.

AMALAN KESIHATAN & HARIAN ORANG MELAYU
1. Bangun awal dan mandi
2. Tidak tidur banyak waktu siang
3. Banyak buat kerja yang menggunakan tenaga fizikal
4. Banyak minum air suam
5. Tidak makan berlebihan
6. Banyak makan ulam-ulaman
7. Tidur awal
8. Tidak gopoh, bersopan-santun (tak rosak otot-otot)
9. Sentiasa berbaik (positive psychology)

PERUBATAN MELAYU & ISLAM
1. Bekam
2. Ruqyah Syar'iyyah - bagi mengatasi masalah psychology, psychiatry, santau, etc (semua masalah jiwa)
3. Perubatan dengan Al-Quran - ada segalanya dlm bentuk buku drp Al-Hidayah
4. Sunnah Nabi Muhammad SAW
5. Aromaterapi - kepentingan wangian ros
6. Herba - Jamu, ulam, teh, habbatus sauda (black seeds), kacip Fatimah, tongkat Ali, hibiscus, buah pelaga (cardamom), etc
7. Oral health - bersugi (siwak), etc
8. Skincare - bedak sejuk, tepung kanji, asam jawa, lidah buaya, etc
9. Penjagaan rambut - minyak kelapa (Brylcream)
10. Penjagaan gastrousus - buah kurma, habbatus sauda, minyak zaitun, susu kambing + air rebusan dukung anak utk hepatitis
11. Penjagaan ibu selepas bersalin - bengkung ibu, bengkung bayi, minyak gosok, batu tungku, etc
12. Massage - urut lelaki, urut wanita, urut umum, etc
13. Muzik


FALSAFAH KEHIDUPAN & KESIHATAN ORANG CINA, BABA & NYONYA
Terangkan apakah falsafah orang Cina, Baba & Nyonya tentang kehidupan dan kesihatan.

AMALAN KESIHATAN & HARIAN ORANG CINA, BABA & NYONYA
1. Banyak makan buah-buahan dan sayuran
2. Banyak makan makanan laut?
3. Rajin berkerja, berkerja berterusan, sentiasa berkerja dan tidak membuang masa atau berhenti berkerja/tanpa kerja
4. Tidur awal
5. Banyak minum air masak
6. Kehidupan yang ringkas, tidak banyak kerenah, tak banyak soal, etc
7. Kehidupan berlandaskan kesihatan dan kerajinan berkerja dan berjaya, etc

PERUBATAN CINA, BABA & NYONYA
1. Reflexology
2. Acunpuncture
3. Makan & herba - Green tea, preserved oranges, fever few, ginseng, kopi hitam, bawang putih (garlic), cordyceps. etc
4. Penjagaan rambut - rambut gugur, rambut nipis, kepala membotak, bakar limau & campur dengan minyak kelapa dan comor di kepala, etc (rujuk Yu Nam haircare)
5. Massage - urut bayi, etc


FALSAFAH KEHIDUPAN & KESIHATAN ORANG INDIA & SIKH
Terangkan apakah falsafah orang India & Sikh tentang kehidupan dan kesihatan.

AMALAN KESIHATAN & HARIAN ORANG INDIA & SIKH
1. Penjagaan dan perapian kulit, rambut, etc
2. Penjagaan kesihatan mata
3. Ketahan buat kerja berat (lasak) dan kerajinan
4. Kesopanan dan kedaimaian kehidupan

PERUBATAN INDIA & SIKH
1. Ayurveda - neem,
2. Exercise routines - yoga, tarian, etc
3. Tidur - tilam durja (tilam daun), etc
4. Pemakanan, herba & rempah ratus - kacang keloh, teh & kayu manis, etc
5. Haircare - minyak bijan (sesamee seed oil), minyak zaitun

Sekian,

Prof Faridah

0 comments: