Friday, 26 August 2011

Orientation for First-Year Medic 2011/2012

Memo: USM/PPSP/A/11-2/Jld. 1
Tarikh: 23 Ogos 2011
www.medic.usm.my

Ke Majlis
Profesor Faridah Hj Abdul Rashid
Jabatan Patologi Kimia

Tuan/puan,

JEMPUTAN KE (slot) HARI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN,
PROGRAM SISWA LESTARI PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2011/2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar baru program Doktor Perubatan bagi Sidang Akademik 2011/2012 akan melaporkan diri pada 6 September 2011 dan terus mengikuti Program Siswa Lestari (program suaikenal) sehingga 11 September 2011.

2. Saya bagi pihak Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk hadir ke Majlis Taklimat Dekan, dalam slot Hari Bersama Pusat Pengajian, Program Siswa Lestari yang dijadualkan seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 September 2011 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Utama, Kampus Kesihatan
Tentatif acara:

i. Aluan pengacara majlis
ii. Taklimat Dekan
iii. Sesi memperkenalkan staf akademik/ Ketua Jabatan/ Ketua Unit Sokongan
iv. Jamuan ringan dan majlis ramah mesra pensyarah dengan pelajar baru

3. Besarlah harapan saya agar tuan/puan sudi melapangkan masa menghadiri program di atas. Kehadiran serta kerjasama tuan/puan amat dihargai dan saya bagi pihak pusat pengajian terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Prof. Madya Dr. Shaiful Bahari Ismail
Timb Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar)

--
My response: I won't be able to attend as I have a class with the M Path students at the same time.
Prof Faridah

0 comments: